PENGENALAN SDG
Matlamat Pembangunan Mampan atau dikenali dengan Sustainable Development Goals (SDG) adalah agenda yang dibawa semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak awal 2015. Terdapat 17 matlamat yang telah ditetapkan demi mencapai resolusi bersama "Mengubah Dunia Kita:Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan". Resolusi ini telah dilakukan sebagai perjanjian antara kerajaan daripada 193 negara untuk membina prinsip-prinsip bagi mendapatkan masa hadapan yang dunia mahukan (The Future We Want). SDG mempunyai senarai sasaran yang berbagai untuk dicapai (169 sasaran) bagi mencapai 17 gol yang meliputi penyelesaian keatas isu pembangunan sosial dan ekonomi termasuk kemiskinan, kelaparan, kesihatan, pendidikan, pemanasan global, air, sanitasi, tenaga, urbanisasi, alam sekitar dan keadilan sosial.
Image
BHEI DALAM MENYOKONG SDG
Image
PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN
Image
PROGRAM IFTAR JAMAIE ISNIN & KHAMIS:
Program ini adalah program berbuka untuk jemaah Masjid UiTM yang terdiri dari kalangan pelajar UiTM. Peruntukan program ini adalah daripada Tabung Amanah Pusat Islam, di mana ianya hasil dari sedekah dan infak warga UiTM. Objektif utama program ini adalah ingin mengajak warga UiTM untuk melaksanakan ibadah puasa sunat Isnin dan Khamis, di samping mengimarahkan masjid UiTM. Selain itu, program ini juga dapat membantu warga UiTM yang kurang berkemampuan dalam keperluan harian terutama makan dan minum.     
Image
PROGRAM BUKA PUASA RAMADHAN:
Saban tahun Masjid UiTM akan menyediakan juadah berbuka puasa di Bulan Ramadhan kepada warga UiTM dengan menggunakan peruntukan daripada Tabung Amanah Pusat Islam (TAPI) dan Tabung Kewangan Pelajar HEP. Sepanjang Ramadhan, hampir 2000 orang pelajar yang hadir setiap hari ke program tersebut. Sedikit sebanyak ianya dapat meringankan bebanan perbelanjaan pelajar UiTM. 
Image
PROGRAM KONGSI REZEKI:
Program ini adalah hasil daripada sumbangan warga UiTM budiman. Selain itu, program ini bukan sahaja mampu membentuk sifat taawun atau bantu-membantu tetapi memupuk sifat kasih-sayang sesama masyarakat. Program ini memberi tumpuan kepada staf dari B40 dan pelajar UiTM yang duduk di luar UiTM.